PENGENALAN DASAR DASAR KERAJAAN KEARAH PERPADUAN

DASAR DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN


NO

ISI KANDUNGAN

 

1

PENGENALAN

 

2

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

 

3

DASAR EKONOMI BARU

 

4

DASAR WAWASAN NEGARA

 

5

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

 

6

DASAR PENDIDIKAN

 

7

PENUTUP

 

8

PENGENALAN AHLI KUMPULAN DAN PENSYARAH

 




PENGENALAN

Perpaduan ialah satu  proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.



Dasar dasar kerajaan kearah perpaduan 

  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Dasar Ekonomi Baru 
  • Dasar Wawasan baru
  • Dasar pembangunan Nasional 
  • Dasar Pendidikan 

 

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Latar belakang

 Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Tiga Prinsip dasar kebudayaan kebangsaan

Berteraskan rakyat asal rantau

- Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu

-Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu

-Kebudayaan asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan

Unsur- unsur Kebudayaan lain yang sesuai

- Unsur -unsur budaya asing Cina, Arab,India dan sebagainya

-Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip – prinsip rukun negara.

Islam menjadi unsur pentingdalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

-Peringkat tertinggi sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam

- Peringkat kedua ialah menerapkan budaya – budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya islam

Objektif:

- Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional

-Memupuk dan memelihara keperibadian  kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan


 

 

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.



DASAR EKONOMI BARU

LATAR BELAKANG

 Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan..

OBJEKTIF

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.Dasar-Dasar Malaysia

STRATEGI PELAKSANAAN

 Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

 I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

 II. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

 Membasmi kemiskinan

 Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

 I. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

 II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan

. III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

 V. Memodenkan kehidupan di luarbandar

 

 

 

DASAR WAWASAN NEGARA

. 1.Pengenalan.

Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (Rrjp3) telah digubal berdasarkan dasar yang

dinamakan Dasar Wawasan Negara dengan tema utama iaitu meningkatkan keutuhan

dan daya saing negara. Tujuan Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 adalah untuk

mengukuhkan kekuatan sedia ada dan menangani kekurangan dan kekangan serta cabaran

persaingan dunia manakala tujuan Dasar Wawasan Negara adalah untuk membina bangsa

Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni. Dasar Wawasan Negara

meneruskan usaha-usaha dalam rancangan pembangunan lepas di samping memperkukuh

asas peralihan kepada sebuah negara maju. Dasar Wawasan Negara menggabungkan

strategi utama Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. 

 

2.Objektif.

     = Pencapaian Perpaduan Nasional

     = Untuk mewujudkan Bangsa Malaysia yang Bersatu padu, progresif, dan makmur.

 

3.Strategi-strategi dasar wawasan bangsa.

     = Basmi kemiskinan tanpa mengira bangsa.

     = Susun semula masyarakat.

     = Pembangunan yang seimbang

 

4.Teras-teras kritikal dasar wawasan bangsa.

     = Menggalakkan pengwujudan masyarakat yang saksama.

     = Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

     = Mempertingkatkan daya saing negara untuk menghadapi cabaran globalisasi dan

        Liberalisasi

     = Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.

     = Mengukuhkan pembangunan sumber manusia.

     = Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan.

     = Membina bangsa yang berdaya tahan.

 

5. Dimensi baru Dasar Wawasan Negara.

     = Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang

        berpengetahuan.

     = Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui

        pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupyaan tempatan di

        samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang

        strategik

     = Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui

        penerapan pengetahuan yang tinggi.

     = Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil,

        orang asli, dan kumpulan minoriti bumiputera di Sabah dan Serawak serta

        meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kepada kumpulan pendapatan 30%

        terendah.

     = Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan sertapemilikan ekuiti sekurang-

        sekurannya 30%.

     = Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sector utama ekonomi.

     = Mengorentasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong

        Pembentukkan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

 

6. Kesimpulan.

Pelengkap kepada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan nasional. Penting

menentukan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju dan

perpaduan negara tercapai.

      

 

 

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

LATARBELAKANG

 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi global baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

 OBJEKTIF

 Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

STRATEGI PELAKSANAAN

 DPN akan terus mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek kritikal seperti berikut:

i.                    Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama

ii.                  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan

iii.                Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia

iv.                 Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan Bandar dan luar bandar

v.                   Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara

DASAR PENDIDIKAN

Pengenalan bagi Dasar Pendidikan

Satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan .

Kesan bagi rakyat Malaysia

Bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat negara

Matlamat Pendidikan

·         Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan Bersatu padu

·         Melahirkan insan beriman,berakhlak mulia ,berilmu , berkeyerampilan dan sejahtera

·         Memberi peluang pendidikan kepada warganegara malaysia

 

 

SEJARAH AWAL PENDIDIKAN

Sebelum kemerdekaan, beberapa dasar telah diadakan untuk menggubal sistem pendidikan di Negara ini,.

1.     Wujud Laporan Barnes 1950 (ogos 1950) untuk mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu.

2.     Laporan Fenn-Wu 1951 ditubuhkan mengkaji kedudukan sekolah Cina.

3.     Selepas pilihanraya pertama jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan pada1956 dibawah Tun Abdul Razak iaitu Laporan Razak 1956.

v Satu dasar pendidikan telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Pada tahun 1960 satu lagi dasar telah diadakan untuk menyemak semula Penyata Razak 1956 iaitu Penyata Rahman Talib 1960.

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan.

v Selepan itu, Jawantankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan bagi menyesuaikannya dengan perkembangan ekonomi Negara.

 

 Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi mencapai matlamat ini ialah memperkenalkan,

o   Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

o   Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

 

 

STRATEGI DAN PELAKSANAAN

·         Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama

·         Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama di semua sekolah

·         Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral dan Disiplin

·         Menggalakan aktiviti kokurikulum seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, Puteri Islam dan lain-lain

·         Menjadikan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah disamping bahasa ibunda masing-masing

 

Pencapaian

 

·         Secara keseluruhannya, tenaga rakyat hasil pendidikan dapat memenuhi keperluan guna tenaga Negara

·         Kesedaran kebangsaan Malaysia juga dapat dirasai antara kaum di sekolah

·         Penguasaan Bahasa Melayu antara kaum di Malaysia lebih memuaskan




 

 

 

 

 

PENUTUP

 Ia untuk menjadikan sebuah negara yang bersatupadu dan aman.

Dasar-dasar kerajaan diwujudkan selaras dengan nilai-nilai soseoekonomi dan politik negara pada satu-satu masa Justeru itu tanpa mengira apa jenis dasar sekalipun, matlamatnya adalah bagi menjamin pengukuhan kehidupan rakyat demi kemajuan negara pada masa hadapan


 

 

Ahli Kumpulan

·         AINUR HANA BINTI HADI (14DEV20F2015)

·         NUR LIYANA BINTI ABDUL AZIZ (14DEV20F2018)

·         NESHMEE A/P NYANASIGAMANI (14DEV20F2032)

·         ALIAHNUR SAFIAH BINTI MOHD FAUZI(14DEV20F2800)       

Nama pensyarah 

 Mohd Faizal B. Mat Pesa          

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bagus...huraian banyak. Boleh buat rujukan...

    ReplyDelete
  3. memberi info yang mantap, sangat membantu

    ReplyDelete
  4. penulisan ilmiah yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Jelas dan sangat tersusun. Senang nak dijadikan rujukan. Terima kasih untuk semua informasi berguna ini!

    ReplyDelete
  6. sangat bermanfaat πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  7. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  8. Wooowww😍isi dan penjelasan yg menarik..huraian yang lengkap

    ReplyDelete
  9. Menarik dan mudah difahami...
    Syabas πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  10. Menarik dan banyak isi yang bole dipelajariπŸ‘

    ReplyDelete

Post a Comment